5

melihat positif dalam negatif .



Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau
tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,
kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita
masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup
makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah
yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi
boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna
kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu
bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna
kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna
kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

5 comments:

NHAT @ SH :) said...

sedih aku bce entry ko ni dude.

xazryx said...

hahaha .jgn sedih .kene gembira . :D

dya said...

i like this entry..=)

xazryx said...

arigato . :)

Gen said...

tersentuh kat hati nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

total di-perah .

Back to Top