3

selamat hari raya !





selamat hari raya kepada semua umat islam di dunia .aku nak memohon maaf kalau ada terkasar bahasa ,bnyk mencarut ,yang terasa hati dll .huh .tahun ni aku tak balik raya kampung pon sbb nak keje punye pasal .nak cari duit lebih la katakan .hehe .da la kene tukar tempat keje kat alamanda pulak .aku rase hari ni mesti takde org punye .malam raya ni pon macam tak meriah je .lepak kedai mamak cam bese .haha .eid .
p/s : duit raya .  :D



4

kaki games .



tak sabar rasenye .bila la game ni nak keluar .the most epic superb awesome game in the world is near !assassin creed revelations la .HAHA .siyes aku rase nak nangis bile dapat tau game ni nak kuar .jarang² orang mendalami perasaan pasal game macam aku ni .HHAHA .tapi ,ni installment terakhir .fuhh sedihnya .aku harap ade lagi 20 episode lagi game ni .mmg best .aku maen game ni start aku amik diploma dulu .da tiga game aku maen .yang assassin creed ni la .assassin creed 1 ,assassin creed 2 dgn assassin creed brotherhood .



korang tgk kat atas tu ?mane la aku tak menjerit keriangan dekat MPH Midvalley .klu korang ade kat MPH smlm dgr la kott aku menjerit .da macam orang gile dah .hahaha .da nak keluar da .tunggu berapa bulan je lagi .takpe .sabar sabar .hujung tahun ni banyak plak game best² .hard disk aku pon space nak abis da ni .satu hard disk rosak plak .haish geram plak aku .actually ni pon sbb aku pegi mid smlm nak beli barang dot dot dot je .last² singgah jap dekat MPH sbb masa tu baru kol 3 PM .tatau nak watpe .nak balik awal pon buat pe je .


nak balik tu hujan la plak .mula² tak lebat ,pastu lebat plak .kene berteduh bwh pondok dekat dgn tol .lame jugak la .sempat aku tido atas moto .selamat la hari ni aku cuti .best skit nak pegi mane² .takde rase sakit pale sgtt nak pikir macam² .macam haram .



p/s :  A.K.U  P.E.T.A.K   :D



2

perang badar dan nuzul al-quran .





Dua peristiwa besar dalam Islam yang berlaku pada 17 Ramadan ialah nuzul al-Quran dan peperangan badar. Nuzul al-Quran dalam konteks ini ialah penurunan al-Quran buat kali yang pertama


Penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, al-Tabari, Ibn Hisyam, al-Asqalani dan Ibn Sayyid al-Nas mencatatkan bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad S.A.W. bertahannuth di gua Hira'.


Baginda dilaporkan pergi ke gua Hira' bersama-sama isterinya Khadijah. Ketika sedang tidur, baginda didatangi Jibrail yang memintanya membaca. "Bacalah! Namun, Nabi Muhammad SAW menjawab: Apa akan ku baca (wa ma aqra'?)"


Sebaik sahaja mendengar jawapan Nabi Muhammad SAW, Jibrail terus memeluk baginda dengan kuat sehingga baginda sukar untuk bernafas. Kemudian baginda dilepaskan lalu disuruh lagi: "Bacalah! Nabi Muhammad masih menjawab: Apa akan ku baca?" Lalu Jibrail menarik dan memeluknya sekali lagi. Perkara ini berterusan sehingga beberapa kali.


Lalu Jibrail melepaskan Nabi Muhammad SAW dan seterusnya membacakan lima ayat pertama dari surah al-Alaq. Selepas itu, barulah Jibrail pergi dari situ dan nabi segera terjaga dari tidurnya.


Lima ayat pertama dari surah al-Alaq inilah yang pertama diturunkan kepada baginda SAW. Lima ayat ini jugalah yang mempunyai kaitan langsung dengan peristiwa nuzul al-Quran.


Apa pula kaitan antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar? Untuk melihat lebih lanjut mengenai perkara ini, mari kita lihat pandangan-pandangan yang timbul mengenai tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran. Pandangan-pandangan inilah nantinya akan membawa kita kepada hubung kait antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar.


Ulama menyepakati bahawa nuzul al-Quran berlaku pada hari Isnin. Jika ditinjau pandangan Ibn Kathir, kita akan dapati bahawa persepakatan ini disandarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW sendiri ketika ditanya tentang puasa pada hari Isnin. Baginda mengatakan bahawa baginda dilahirkan pada hari Isnin dan al-Quran juga diturunkan kepadanya pada hari Isnin.


Sekalipun terdapat persepakatan dari segi hari berlakunya peristiwa nuzul al-Quran, namun terdapat perselisihan pendapat dari segi tarikh dan bulan berlakunya peristiwa tersebut.


Beberapa tarikh telah dilaporkan oleh sumber sejarah Islam sebagai tarikh berlakunya nuzul al-Quran seperti 10 Ramadan, 17 Ramadan, 18 Ramadan ataupun 24 Ramadan.


Selain bulan Ramadan, terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Rabiulawal atau bulan Rejab. Walau bagaimanapun, pandangan yang paling masyhur menyebut bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.


Kebanyakan sumber sejarah Islam yang menyebut mengenai perkara ini di dapati melaporkan pandangan Ibn Ishaq.


Mari kita lihat apa pula bukti yang mengukuhkan hujah bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.


Menurut kebanyakan penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, Ibn Hisham, Ibn Kathir, al-Suhayli dan juga al-Bayhaqi, ayat 185 surah al-Baqarah adalah bukti jelas bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.


Ini terbukti menerusi apa yang boleh difahami dari ayat tersebut iaitu, "bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu…".


Selain ayat tersebut, terdapat juga ayat lain yang turut digunakan sebagai bukti bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan. Antaranya ialah ayat 41 surah al-Anfal.


Menariknya ialah, ayat ini tidak hanya menentukan bulan berlakunya peristiwa tersebut. Bahkan ia juga turut mendedahkan tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran itu sendiri.


Ini boleh difahami menerusi maksud ayat tersebut iaitu ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami Muhammad di hari Furqan iaitu hari bertemunya dua pasukan.


Apa yang dimaksudkan dengan hari bertemunya dua pasukan di sini ialah pertemuan antara orang Islam dan orang kafir dalam peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadan.


Oleh kerana ayat 41 sebelum ini menjelaskan mengenai nuzul al-Quran berlaku pada hari tersebut, maka tarikhnya pastilah 17 Ramadan. Cuma bezanya, peperangan Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah.


Walau bagaimanapun, baik nuzul al-Quran mahupun peperangan Badar, kedua-duanya adalah peristiwa besar dalam sejarah Islam. Nuzul al-Quran menjadi titik tolak kepada pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah untuk membawa risalah Islam.


Peperangan Badar pula mencerminkan kekuatan pihak Islam hanya dalam tempoh lebih kurang dua tahun selepas mereka meninggalkan kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah.



credit to pmram.org .


5

melihat positif dalam negatif .



Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau
tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,
kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita
masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup
makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah
yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi
boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna
kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu
bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna
kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna
kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

2

ini cerita semalam .



hari ni aku tak pegi keje !HAHA .nice giler .bukan sbb aku malas ke ape .citenye macam ni .aku da pegi tempat keje aku .tapi tutup !watafak ?tak pernah pulak bkk lambat aku rase .so ,aku tunggu dekat sejam setengah .nampak satu hamba allah ni keje sama tempat dgn aku .dok terpekik terlolong pggl kt dlm ade orang tak .aku buat bodo jela .aku da macam org bodo da tunggu lame² .pastu aku chow la balik rumah .tunggu manager aku kol jela .

balik rumah ,aku tido .sbb aku memang da tak larat gile .klu aku keje ni ,kompem satu ape pon tak jadik .tapi masa tido tu ,manager aku kol plak .aku malas nak angkat .aku mmg tak larat klu nak pegi keje ni .haih .penyudahnya aku bangun pukul 5 ptg .perghh lama .aku kol member aku ,mula ar diorang kate aku lari taknak pegi keje .HAHAH .tapi selamat diorang okeyy je .dua² manager plak aku kol .slmt diorang tak kesah sgtt .memahami la kott .HAHAH .


p/s : tapi hari ni tido lama lagi .zz .

ini cerita hari sabtu .



hari ni nothing special .pegi keje pukul 9 ,balik pukul 5 .ade masa nak berbuka dekat rumah .masa keje aku da memang lentok .rase nak tido je .balik keje tuh ,hujan plak .memang tido la jawabnye .perghh .sedap je .pastu terus bukak pose .da lepas bukak pose ,pegi teraweh plak .pastu tgk bola plak .liverpool vs sunderland .adoi .seri plak kan .tapi game tu mmg nice .aku tgk carrol je yang pulun kat depan .tak gol² jgk .lepak balik .dah tu je .



p/s : balik tido .zzz .   :D

ini cerita hari jumaat .



damn .lame sial aku tak update blog nih .mane ade masa .berkejar ke sana ke mari .hari ni aku bukak pose dgn budak² kelas aku masa form 5 dulu .lame tak jumpe diorang .especially yang perempuan la .laki ade la jumpe .yang selalu pon ade .tapi ptg nak kene antara asaimen aku dulu kt shah alam .so ,kol 4 aku gerak la shah alam .time tu langit da gelap da .takut ujan je .klu ujan ,program ape sume tak jadi kang .da antar asaimen ,aku suruh member aku datang MSU .nak lepak bazaar dulu .walaupun da pukul 5 .bkn nak beli barang pon ,ushar² je .



da lepak bazaar tuh .tgk² da nak ujan .kompem tak boleh balik ni .aku kompem la takleh bukak pose dgn budak² skolah aku .last² kat sini jugak aku berkampung .lepak dekat Nasi Kukus TTDI Jaya .ingatkan nak makan sini je .teringat plak ade member aku sorang ni sorang² kt shah alam ni ,ajak dia sekali alang-alang .pastu dia datang ,ajak bukak pose dekat gerai mak cik dia .tatau plak kan .mmg rezeki aku dgn dadok hari ni .HAHA .



lepas tu ape lagi ,rembat la lauk² yang ade .makan nasi plak .mmg kenyanglah .kene plak air tembikai laici .perghh .azan pon da berkumandang ,aku terus masuk mulut nasi dgn lauk tadi .last² ,aku paling cepat habis .entah pesal habis cepat sangatt .pastu pekene cablang ,baru la bleh balik dgn suka hati .aku balik straight pegi lepak ngan budak² kelas aku tuh .sembang² pe sume .lupe plak .sebelum sampai sg.besi ,aku lepak tepi highway sbb ujan sgtt .dekat tol kg.dato' harun tuh .aku ngan kwn² aku melalak la kat situ macam orang bodoh .


da abis lepak dgn kwn² bekas kelas aku ,kene pegi jamming plak .tapi tak jumpe langsung tmpt jamming .penyudahnye aku beli dua novel grafik lawak kampus yang latest .lama tak bace .tapi bagi adik aku yang bongsu as present sbb hari jadi dia .HAHA .



p/s : damn i'm tired .    :(



tak payah shopping raya tahun nih ,potong seluar je .



disebabkan lemau yang teramat sangatt ,aku tido lame .tapi takleh nak lame sebab aku ade kelas pukul 8 pagi tadi .damn .pehal la time aku ngantukk ,sedap tidur ,empuk ,boleh ade kelas pagi² buta nih .adoii .tapi hari ni menjadi penyelamat sbb kelas banyak batal .tapi kelas pukul 8 tu tak batal .so aku ponteng jela .harap halal lah .HAHAHA .tapi ade presentation plakk .so aku pegi ke kampus tanpa rasa bersalah sebab tak pegi kelas pagi tadi .kalau tak pegi ,kompem takde markah .present ni lagi penting kott .aku gerak pon lambat .tapi selamat la presentation tu tak gah sangatt .pakai pon biasa² je. huh .


da sampai kampus tu ,apelagi present la kan .banyak plak leceturer aku komen .ni tak betul la ,tu tak betul la .tapi dia terima gak .malas la aku nak buat balik .aku hantar jela artwork aku dgn group aku lepas present tuh .da habis present aku terus balik .padahal baru pukul 12 .malas plak aku nak lepak lama² kat shah alam tu .da la panas lemau .kang tak jadi orang aku lepak situ .



sampai je umah ,aku terus angkat seluar jeans aku yang ade 3 helai je dalam hidup aku buat masa ni .miskin kan ?well .aku pegi hantar kedai bundle je .satu seluar aku nak tampal ,sebab da berlubang .banyak plak tu lubangnya .satu seluar lagi aku potong .sebab labuh je .satu lagi seluar aku kecikkan sebab lebar sangatt .da macam hoppers kalau aku pakai .damn .kene la RM40 .mahal betul .lubang tu punye pasal la .koyak sana ,koyak sini .sampai RM20 dia kapak aku .haih .



p/s : hari ni cuti ,tapi kene pegi kampus gak .fakk .   :D


0

aku tak penat tapi lemau .



hari ni aku tatau nape .dari event pagi tadi smp sekarang .tak rasa macam penat .tapi lemau je .tak cukup tido kot .pagi tadi da gerak pegi kampus pukul 9 .awal je aku bangun .tido lepas sahur pon bkn lame .kejap je pon .sumpah boring event tadi .klu aku tau daftar nama awal2 je ,da lama aku blk .aku igt kene amik attendance lepas abis event tuh .tu yang aku stay lame tuh .terhangguk-hangguk aku kat hall tadi .perghh ngantuk gile .kene dengan aircond plak .sejukk je .puasa plak tuh .mmg tido la untuk restore energy .mcm mengarut je event td ,tapi kene pegi jugakla kan .


dah habis event tuh ,nak kene tunggu kelas plak .gap sampai tiga jam .fuhh .dugaan betul .rasa macam nak balik je .tapi disebabkan ilmu ,tak boleh la tinggal kan .lagi² puasa ni .baik sangatt plak aku skrg .3 jam tu da tatau nak watpe ,aku teman member aku pegi SACC Mall .aku sorang je laki kott .da macam ape ntah .tak biasa lah aku shopping² ni .lagi² dgn perempuan .HAHAHA .sumpah blur .aku tgk baju melayu jela .rase macam nak beli tapi raya aku tahun ni bkn la meriah sgtt pon .da masuk kelas ,tak belajar plak .briefing pasal projek je .balik pon awal .sampai umah aku terus tido sampai waktu berbuka .ayah aku memang mengamuk la .time² maghrib pegi tido .redha jela kan .haih .



p/s : pagi ni kelas pukul 8 .aku rasa lagi lemau kott .damn !    xD

0

satu jam ?



hari ni macam tak boleh blah lah .bangun tido da la lambat .tapi aku tau hari ni ade kelas .so ,aku gerak la pegi shah alam .semangat membuak-buak nak pegi kelas nih .siap isi minyak motor full lagi .last2 takde kelas .kene buat keje je ,ahh damn .da la panas terik .menghitamkan kulit aku yang dah hitam ni je .HAHAH .tapi okeyy lah sebab hari ni pon mmg kene hantar asaimen tuh .ohhh .

kepada yang berkenaan ,jangan lah nak cuba contact aku ke ,add skype aku ke ,aku malas nak amik port pasal ko .ko bleh blah dgn hidup ko .aku da bahagia dan happy dengan hidup aku sekarang .ko jgn nak singgah berak kat hidup aku pastu ko blah .ingat .jangan ludah nak jilat balik bodoh .tak payah la nak buat baek tetibe la .setahun ko diam ,tetibe ko hantaq sms selamat berpuasa la ,ape la .kau pehal ?shuhh shuhhh .pegi pegi .takpayah buat bising kat blog aku nih .aku pon tak ingin nak amik port pasal ko .ko nak jadi ape lantak ko lah sial .fuck u .nang bo ti nang kui bo ti kui, hati serupa batu .


p/s : puasa tak puasa .da marah nak buat camne ?HAHAH !   xD

deco deco deco !



hari ni aku kene tolong mak ayah aku deco rumah .tukar tikar baru ,tukar karpet baru .of cos la kene angkat barang pe sume .nak kene alih sbb nak pasang tikar .paling berat meja dengan rak kasut la .bukan maen berat lagi .selamat la aku tak terasa macam nak minum .pasang tikar ni mmg leceh betul .nak kene potong ,kasi rata .haih .selamat semua bende nak siap .tapi lepas berbuka ni nak kene pasang tikar kat dapur plak .zzz .

0

makan besaq / recording session .



semalam tak dapat nak update .sebab busy gile .dari berbuka sampai pukul 2 pagi aku kat luar .pagi sampai petang aku keje .so ,lepas keje tu kompem la penat .nak pegang keyboard ni pon malas .smlm da la family aku takde .aku berkeringat peluh kat tempat keje ,diorang pegi shopping sakan plak .HAHA .tapi takpela ,tak kesah pon sbb aku pon bkn suke sangatt bab shopping² ni .



balik je rumah smlm ,aku tgk family aku da blk .pastu mak aku ajak bukak pose kat luar .tu pon dekat kawasan rumah aku je .pegi makan kedai kawan mak aku .makan besaq plak .ta sangke aku .selamat la aku pegi .sebab aku mcm nak bukak pose kat rumah .air kosong pon air kosong la .memang rezeki aku la makan besar .perghh bestt .puas hati gile .lama tak makan dgn family aku camtu .tengok meja sudah la .panjang sampai hujung makanan tuh .



da lepas makankedarah gile ,aku lepak dgn bandmate aku kat kedai mamak plak .nak tunggu pegi recording bass lagu band aku .record dkt rumah kwn aku .sbb bilik dia ade studio .aku sakit pale kott .asyik salah je aku petik bass .tempo lari la ,tak petik betul la .tapi last2 jadi gak .tu pon dekat 3 jam record bass aku .bayangkan la perasaan aku bile da habis ,HEAAVVEENNNN !da habis tu ,lepak kedai jap .pastu aku blk .penattt .tido lagi bagus .GRAH GRAH GRAH .



p/s  : lagu attack attack ! baru ni macam lembik je .HAHA .   xD

3

teraweh dan BIS .



perghh .hari ni macam penat jugak sebab first time aku keje dalam bulan pose nih .masuk pagi ,balik petang .untung aku dapat bukak pose kat rumah .hari ni juadah best² plak .tapi sebelum berbuka tu aku tatau nape aku ngantok sgtt .smp terlentok atas katil .HAHAH .hari ni aku tak buat pape pon .just pegi teraweh ,pastu lepak .itu jela .banyak cerita yang dikongsi .biasa la .time lepak mesti kene mengumpat .macam perempuan doh .HAHA .




member aku da pakai bb .curve version berapa aku tatau .tapi aku tolong² jgk la buatkan dia punye setting tuh .sampai aku kol member aku kat shah alam nak tny camne camne .mula² tu da buat tapi tatau la macam lembab je line tenet bb ni .aku registerkan dia 2G sbb dia punye bb takde 3G .kompem la lembab .pastu termakan kredit plak tuh .aku tatau la pehal .pastu baru la bleh .sonok member aku maen fb .memanjang nak update la nnt .HAHAH .



p/s  : aku bile la nak pakai kan ?   :(

2

selalu je sesat .



semalam lepas teraweh ,aku lepaj dgn kwn2 aku jap .pastu aku jumpe budak skolah aku .budak² kelas aku .tu pon dua org je .saje je lepak² sembang² menghabiskan air .dah tu member aku ajak plak pegi danau kota .nak jalan² konon .da pegi tuh ,ikut jalan lain .tak ikut jln yang selalu ikott .lol .da nak sampai tuh ,aku pusing belakang ,satu motor takde .wtf ?mane kwn aku 2 orang ni pegi ?sbb ade bonceng kat belakang .member aku kol .dia kate kat kl sentral .mak aihh .jauh noh sesatt .pastu diorang tunggu kat dataran je .member2 aku lain mulalah memekak .HAHAH .



dua motor je pegi jemput diorang .yang lain2 lepak depan kepci dgn seben-e .jumpa yusoff haslam plak .HAHAH .tgh mkn ayam .sungguh pulun dan teliti merobek ayam yang sedang hangat diperkatakan .HAHAH .tapi aku tgk anak dia mcm takde .ade kott .klu ade pon yang budak umur 18 tu la .apentah name dia .tak amik portt .kerh3 .



da sampai pon bdk2 ni .kitorang gerak terus jela .time tu da pukul berapa dah .kol 2 kott .aku da la nak sahur kat umah .da sampai ,jln2 je .pastu balik .time balik tu aku merempitt kejap .kah3 .bodo .tak pasal² kene cucuk dengan camry .sial betul .  



p/s  : malas nak cite panjang lebar .   :P

0

damn drawing !



bangun je tido ,terus dpt IM dekat fb .kene pegi shah alam nak kene buat storyboard untuk projek 2D .naseb baek la aku mood baek hari ni .HAHAH .da la hujan plak .tapi aku gerak jgk la .klu asyik tangguh je ,kang tak siap plak kan .so ,aku gerak shah alam dgn hujan rintis-rintis .blehh !tinggal moto kat kolej ,pastu naek kete dgn member aku sbb nak beli mounting board .beli sampai 5 sbb macam banyak je nak kene lukis² ni .HAHA .


lukisan budak tadika .HAHA !



colouring budak tadika .HAHA !


haha .gile la .korang tgk lukisan² tadi sudah .da tak macam budak degree dah .malu siot gua malu .tuihh .bukak pose pon de orang belanja .pizza pulak tuh .mmg rezeki aku la .thanx Ezza Rehanna !   :D



p/s  : esok last paper .YAHOO !    :)



0

Suruhanjaya Antara Agama (IFC) tuntut 14 perkara .







1-Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang islam.
2-Orang bukan Islam yang memeluk islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
3-Kes orang islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4-Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang muslim.
5-Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki memeluk  agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orangg Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6-Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7- Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9- Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10-Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.
12- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.
13- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Mereka menuntut IFC ditubuhkan kononnya untuk kesamarataan antara agama. Ada yang menyebutnya Majlis perundangan Agama dan pelbagai lagi . Hal ini berlaku telah lama tetapi hendaklah kita ketahui mengapa IFC tidak memperjuangkan hak-hak agama. IFC (Interfaith Commission) yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang mampu untuk merubah ajaran agama Islam .
Dari pemerhatian kita,dapatlah kita simpulkan bahawa mereka yang ingin menubuhkan IFC tidak lebih hanyalah menunjukkan kelemahan dan kepincangan dalam  kepercayaan mereka  terhadap agama mereka sendiri.Jika mereka percaya pada agama-agama mereka, mengapa mereka perlu Suruhanjaya menentukan ajaran agama orang lain? Ini menampakkan tiada kekuatan didalam agama itu sendiri dalam menghadapi perubahan dari zaman ke zaman atau mungkinkah agama itu sendiri belum lengkap sehingga memerlukan Suruhanjaya ditubuhkan untuk melindungi agama-agama tersebut ? Dan ini adalah peringatan kepada orang-orang kafir.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.Dan aku tidak akan beribadat cara kamu beribadat.Dan kamu pula tidak mahu beribadat cara aku beribadat.Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”  Quran 109:1 – 109-6 .
Jika mereka orang yang berada didalam agama yang benar sesungguhnya mereka tidak memerlukan(suruhanjaya) kecuali agama itu sendiri .


0

saat di hari pengadilan .



Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur binasa Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya: "Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!".

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat.

Lantas mereka berkata: "Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul." Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran: "Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, Lalu dikatakan kepada mereka: "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul !" (Yassin, Ayat: 52)

Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa




1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.

2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.

3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.

4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.

5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri.Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.

6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.

7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).

8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.

9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.

10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.

11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.

12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang lalai dalam sembahyang)

13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.

14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka.Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.

15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia,tidak takut pada Allah.

16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.

17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.

18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.

19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.

20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia."






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

total di-perah .

Back to Top