Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts
6

Cara Anda Makan ,Begitulah Cara Anda Bercinta . xD



" Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu
makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya."

Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang
tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.




Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya
itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah
lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan

Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah
makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat.
Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak
tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar
berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk
memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam
Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut

Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan
macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah!
Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang
dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!


3

100 Topik Yang Anda Boleh Blogging .



hari ni aku nk kongsi skit tips untuk korang menaikkan traffic korang dan juga topik yang korang boleh post .sesetengah blogger mesti kusut nk tulis psl ape an .ni haa aku bg 100 ways to blogging .hambik kaw .HAHA .


  1. Personal
  2. Technology
  3. How to Guide
  4. Tutorials
  5. Fun
  6. Photoshop Basics
  7. Football
  8. Sports
  9. Politics
  10. Entertainment
  11. Movie Gossips
  12. Blogging tips
  13. Photography
  14. Softwares
  15. Music & Album reviews
  16. Nature
  17. Environment
  18. Windows OS
  19. Google Products
  20. Gaming
  21. Mobile Games
  22. PC Games
  23. Cars
  24. Mobile collection and reviews
  25. Gadgets
  26. Insurance
  27. Finance
  28. Secrets
  29. Painting
  30. Creative Arts
  31. People
  32. Pet & Animals
  33. Energy
  34. Science
  35. Biotechnology
  36. Bikes
  37. Wallpapers
  38. Jokes
  39. SMS
  40. Flights
  41. NASA
  42. Aernoutics
  43. Space and Cosmos
  44. Twitter
  45. Orkut
  46. Facebook
  47. Opinions
  48. Microsoft
  49. Electonics
  50. Academics
  51. Colleges & Universities
  52. Food and Drink
  53. Health
  54. Fitness
  55. Celebrities
  56. Special Occassion
  57. How stuff works
  58. Tips and tricks
  59. TV Channels
  60. Reality Shows
  61. Travel
  62. Physics
  63. Philosophy
  64. Youtube
  65. Cartoons
  66. Questions and Answers
  67. Comics and Animation
  68. Places
  69. Discoveries
  70. Gardening
  71. Hobbies
  72. House Keeping tips
  73. Conferences
  74. Parenting Tips and Techniques
  75. SEO(Search Engine Optimize)
  76. Freelancing
  77. Making money on Web
  78. Gadgets or Widgets for Blogger
  79. Blogger Themes
  80. Journaling
  81. Dress Designing
  82. Home Loans
  83. Banking
  84. One Story A Day
  85. Modelling
  86. Fashion
  87. Professions
  88. Reading and Literature
  89. Career Guidance
  90. Mind and Soul
  91. Yoga
  92. Medicine
  93. Antiques & Collectibles
  94. Quotes
  95. Facts Repository
  96. Video /Film Technology
  97. Internet
  98. Social Networking
  99. History
  100. Self Employment


sumber :yourdigitalspace.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

total di-perah .

Back to Top